Kelas Multimedia (Origami Ikan)
9 November 2018 | Aktiviti TerkiniKelas multimedia kali ini mengajar para pelajar membuat origami ikan melalui video yang telah dipaparkan. Para pelajar menonton video yang berdurasi selama 20 minit dahulu sebelum mereka membuat origami mereka sendiri. Sebanyak 16 orang pelajar terdiri dari pelajar sekolah rendah yang mengikuti kelas ini dan membuat origami ikan mengikut kreativiti mereka.
Tujuan utama kelas ini adalah mengajar para pelajar berimaginasi dan menghasilakn hasil yang dilakukan mereka mereka mengikut kreativiti. Pembelajaran ini sangat baik terutama untuk pelajar sekolah rendah kerana di usia ini minda mereka sedang berkembang. Selain itu, mendedahkan kepada umum peranan dan fungsi Pusat Internet Kg Taee sebagai tenaga pengajar dan tempat informasi maklumat untuk yang berkenaan dengan teknologi.
Kelebihan yang diperolehi daripada kelas ini, para pelajar berjaya menghasilkan sesuatu hasil kreativiti mereka dan membuka minda pelajar supaya lebih kreatif dan celik IT. Selain itu, para pelajar boleh mendapat ilmu pengetahuan secara percuma dan menjadikan pusat internet sebagai tempat belajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: